1.Takrif Usrah
Dari segi bahasa usrah bererti keluarga.
Manakala dari segi istilah pula usrah bererti satu kumpulan yang
- dianggotai oleh beberapa orang individu muslim yang beriman kepada Allah s.w.t yang diikatkan dengan pertalian akidah islamiah,
- berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami Agama Islam yang mulia serta menghayatinya, dan
- cuba mewujudkan “biah solehah” ia-itu persekitaran yang baik.
2. Matlamat dan Tujuan Usrah
Usrah merupakan suatu perkara yang penting dalam proses tarbiah kerana ia berfungsi sebagai satu medium untuk menjayakan matlamat pendidikan dan menjadikan setiap individu muslim patuh dan iltizam dengan perintah Allah s.w.t.
Antara tujuan dan matlamat utama usrah ialah :
Antara tujuan dan matlamat utama usrah ialah :
- Mendekatkan individu muslim kepada Allah Azza Wajalla.
- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab anggota usrah terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
- Meningkatkan Thaqafah Islamiah dan dapat mengetahui sikap Islam terhadap satu-satu isu yang berlaku. Thaqafah Islamiah ialah pengetahuan tentang Islam dari sudut manhaj, usul dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya atau terhasil daripadanya.
- Mewujudkan “Biah Islamiah”ia-itu suasana sekeliling yang bercirikan Islam.
- Menghubungkan anggota usrah secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah.
- Membina satu generasi al-Quran yang beramal dengan ajaran Islam secara menyeluruh serta menghayatinya dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.
- Melahirkan modal insan mempunyai Thaqafah Islamiah serta mampu untuk membimbing diri sendiri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat dan bekerja untuk Islam.