| Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Aku bersaksi, bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah. Semoga kesejahteraan dan keselamatan senantiasa tercurah kepada Nabi Muhammad s.a.w., ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda. "Maha suci Engkau, sesungguhnya kami tidak mengetahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." -Al-Baqarah 2: 32 |
Saturday, January 12, 2013
Tanam pinang rapat-rapat - Jom Usrah!
Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Mari kita berusrah di rumah Muhamad Fuad
Kita ikut Sunnah Nabi
Tepok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Mari datang ramai-ramai
Ikatan persaudaraan sepadu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Datang dengan senyuman manis
Balik pula dengan gembira
Enjit semut-semut
Siapa sakit naik atas
Dah jemu gigit jari
Jangan takut atau kecut
Tak perlu baca, tak perlu ulas
Kehadiran mu sudah mencukupi
Sunday, December 30, 2012
Usrah STAR66 Sesi ke 18 - Laporan
AlhamdulilLah Usrah STAR66 sesi ke 18 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 29 Disember 2012 di rumah Sdra Ahmad Darus di Sunway Rahman Putra, Sg Buloh, Selangor.
Usrah sesi ini diketuai oleh Sdra Muhamad Fuad sebagai Naqib.
Seramai 17 orang telah menyertai Usrah kali ini:

- Sdra Ahmad Darus dan isteri sebagai tuan rumah
- Sdra Muhamad Fuad sebagai Naqib
- Sdra Hamdan Nor dan isteri
- Sdra Yuzer Yusoff dan isteri
- Sdra Che Yusoff dan isteri
- Sdra Kamaruddin Salleh dan isteri
- Sdra Ahmad Puzi dan isteri
- Sdra Rusli Mohd
- Sdra Abdul Razak Mohd Noor
- Sdra Shamsuddin Mukhtaram
- Sdra Hamzah Ibrahim (sempat bersama selepas usrah sahaja)
Dalam sesi ini ramai peserta-peserta telah mengambil peluang untuk membaca Surah 90 Al Balad dan membincangkan Hadis ke 12 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi.
Berikut adalah sedikit gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah tersebut.
| Tuan rumah penuh konsentrasi |
| Naqib menyemak bacaan |
| Naqib, tuan rumah dan Sdra Hamdan, tuan rumah sesi ke 17 |
| Peserta terbaru, Sdra Abdul Razak, bersama dua sahabat baik Yuzer Yusoff dan Che Yusoff |
| Sdra Kamaruddin dan Sdra Rusli |
| Qari kita, Sdra Shamsuddin, membawa tiga jenis taranum... |
| Para isteri juga mengambil bahagian |
| Para isteri memberikan sepenuh perhatian kepada bacaan |
| Segala hidangan adalah 'home-cooked' oleh Puan Roslina |
| Semua hidangan sedap-sedap belaka........... |
| Peserta-peserta lelaki di meja panjang |
| Para isteri di meja bulat |
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Ahmad Darus dan Puan Roslina kerana telah sudi menjadi tuan rumah Usrah STAR66 Sesi ke 18 ini.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah terus menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ke 18 ini.
InsyaAllah Usrah STAR66 sesi ke 19 akan diadakan pada hari Ahad 20 Januari 2013. Tempat usrah sesi ke 19 ini akan diberitahu kelak.
Friday, December 28, 2012
Usrah 29 Dis 2012 - Datang, Jangan Tak Datang!
Sunday, November 11, 2012
Usrah STAR66 Sesi ke 17 - Laporan
![]() |
| Berbagai gaya Naqib kita memandu perjalanan Usrah. |
Usrah sesi ini diketuai oleh Sdra Muhamad Fuad sebagai Naqib.
Dalam sesi ini ramai peserta-peserta telah mengambil peluang untuk membaca Surah 91 Asy-Syams dan membincangkan Hadis ke 11 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi.
Berikut adalah sedikit gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah tersebut.
| Seorang peserta membaca Surah Asy-Syams sementara peserta-peserta lain mengikuti bacaan dan Naqib menyemak bacaan peserta. |
| Peserta-peserta wanita juga mengikuti bacaan. |
| Qari kita yang tidak asing lagi, Sdra Samsuddin Mukhtaram, memperdengarkan bacaannya |
| Sdra Hamid Shafie bertanyakan sesuatu kepada Naqib. |
| Sdra Azlan Abdullah sedang memperdengarkan bacaannya. |
| Sdra Kamaruddin Salleh adalah peserta terakhir memperdengarkan bacaannya. |
| Dipenghujung sesi Sdra Hamdan menghidangkan peserta-peserta Usrah dengan jamuan nasi kerabu istimewa |
| Puan Noorul Ain gembira melayan peserta-peserta wanita. |
| Buah tin dari Turki, pisang, kueh-mueh juga dihidangkan. |
| Tidak ketinggalan minuman sejuk dan panas. |
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Hamdan Nor dan Puan Noorul Ain kerana telah sudi menjadi tuan rumah Usrah STAR66 Sesi ke 17 ini.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah terus menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ke 17 ini.
InsyaAllah Usrah STAR66 sesi ke 18 akan diadakan pada hari Sabtu 29 Disember 2012. Tempat usrah sesi ke 18 ini akan diberitahu kelak.
Monday, November 5, 2012
Usrah 10 Nov 2012 - Datang, Jangan Tak Datang......
Friday, November 2, 2012
Kewajipan Umat Islam Terhadap Al-Qur'an
Disusun oleh Ahmad Puzi bin Rais 17 Zulhijjah 1433 (2 November 2012)
Kita sedia maklum bahawa tujuan Al-Qur’an diturunkan Allah s.w.t. bukan sekadar untuk dibaca tetapi ialah untuk dijadikan pedoman hidup manusia. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah 2:185 maksudnya:
".... bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ..."
Oleh sebab itu, setiap umat Islam dipertanggungjawabkan lima kewajiban terhadap Al-Qur’an, ia-itu tersebut:
1. Beriman Kepada Al-Qur'an
Umat Islam wajib beriman bahawa Al-Qur'an adalah himpunan wahyu Allah s.w.t. yang diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan malaikat Jibril a.s., selama 23 tahun (13 tahun ketika baginda berada di Mekah dan 10 tahun ketika baginda berada di Madinah).
Umat Islam wajib mengimani dan menyakini dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang penuh di dalam hatinya, tersemat di dalam jiwanya dan tidak berbelah-bagi keyakinan bahawa kesejahteraan umat hanya dicapai apabila mengikuti ajaran al-Quran dan as-Sunnah sepenuhnya.
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah mengistiharkan sejak dahulu dengan katanya:
“Sesungguhnya Allah telah muliakan kita dengan Islam. Seandainya kita memilih selain Islam untuk memperolehi kemuliaan pastilah Allah akan menghinakan kita”. (Al-Hakim)
Sabda RasululLah s.a.w.:
“Sesungguhnya Allah meninggikan suatu kaum dengan sebab berpegang dengan Kitab ini dan merendahkan yang lain”. (Muslim)
Allah s.w.t. mengangkat orang yang beriman dengan Kitab dan merendahkan orang yang menolak dan mengengkarinya. Allah telah mengangkat kedudukan para sahabat setelah mereka menerima ajaran al-Quran ke atas mereka dan merendahkan musyrikin setelah mereka enggan menerimanya.
2. Membaca (Tilawah) Al-Qur'an
Membaca Al-Qur'an dikira sebagai ibadah walaupun orang yang membacanya tidak memahami kandungan yang dibacanya. Keistimewaan ini tidak terdapat pada kitab-kitab yang lain. Oleh itu umat Islam wajib belajar Ilmu Tajwid kerana ilmu tersebut akan membimbing mereka agar dapat membaca Al-Qur'an dengan betul dan tepat.
Umat Islam digalakkan agar selalu membaca Al-Qur'an kerana Al-Qur'an kelak akan dapat memberi pertolongan (syafa'at) di Hari Kiamat. RasululLah s.a.w. bersabda:
"Daripada Abu Umamah r.a. katanya: Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda. Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai penolong kepada orang yang membacanya." (Muslim)
Kita tidak sepatutnya enggan membaca Al-Qur'an hanya kerana kurang lancar dan merasa payah membacanya. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh membacanya walau pun merasa kepayahan membacanya akan mendapat ganjaran berganda dari sisi Allah sebagaimana yang dijelaskan oleh RasululLah s.a.w.:
"Dari Aisyah r.a. katanya: Telah bersabda RasululLah s.a.w. Orang yang membaca Al-Qur'an , sedangkan dia mahir (fasih atau lancar) membacanya, maka ia bersama malaikat al-Kiram al-Bararah. Dan orang yang membaca Al-Qur'an, sedangkan dia tidak lancar membacanya dan berasa susah membacanya, maka untuknya ganjaran dua pahala." (Bukhari dan Muslim)
Al-Qur'an wajib dibaca sebab tanpa dibaca adalah mustahil untuk mengerti maknanya, apa lagi untuk dapat mengamalkannya dan menyampaikannya.
3. Memahami Al-Qur'an
Memahami Al-Qur’an wajib untuk setiap umat Islam kerana, seperti yang telah dijelaskan di atas, tujuan Al-Qur'an diturunkan oleh Allah s.w.t. bukanlah sekadar untuk dibaca, tetapi adalah untuk dijadikan sebagai pedoman dan petunjuk dalam kehidupan kita. Ia adalah pedoman hidup yang paling lengkap. Adalah mustahil Al-Qur'an dapat dijadikan pembimbing hidup kita jika kita sendiri tidak memahami kandungannya. Apabila kita memahaminya, tentulah kita akan mudah dapat mengamalkan isi kandungannya.
Atas dasar inilah maka berusaha memahami Tafsir Al-Qur'an adalah menjadi satu kemestian ke atas setiap umat Islam.
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Saad 38:29, maksudnya:
“(Al-Qur'an ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfa'atnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringan mengambil i'tibar."
Mentadabbur mana-mana ayat Al-Qur'an akan membantu untuk memahami dan mendalami tujuan Allah yang sebenar sehingga menyedarkan akal dan hati tentang keagungan dan kebesaran Allah. Makna tadabbur Al-Qur’an adalah berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya.
4. Mengamalkan Al-Qur'an
Setelah memahami isi kandungan Al-Qur'an melalui tafsiran dan tadabburnya yang betul dan muktamad, maka umat Islam wajib mengamalkannya dalam kehidupannya seharian.
Seorang yang memahami dan mengerti sesuatu kebaikan tetapi tidak beramal dengannya adalah ibarat pokok yang tidak berbuah atau awan yang tidak mendatangkan hujan atau bagaikan lebah yang tidak menghasilkan madu. Allah s.w.t. sangat murka kepada Yahudi yang memahami dan mengetahui ajaran Allah yang terkandung di dalam Taurat, tetapi mereka enggan mematuhinya atau mengamalkannya. Allah s.w.t. membuat perumpamaan yang sangat tepat tentang sikap Yahudi tersebut di dalam Surah Al-Jumu'ah 62:5, maksudnya:
"... bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedangkan ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah pertunjuk kepada kaum yang zalim."
Al-Qur’an ada sebagai pedoman hidup manusia untuk diamalkan isinya, supaya manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan baik dan yang diredhai Allah s.w.t. Umat Islam wajib melaksanakan tuntutan-tuntutan Allah di dalam Al-Qur'an di dalam kehidupan seharian, baik tuntutan itu dalam bentuk suruhan atau pun larangan.
Al-Qur'an adalah kebenaran (al-haq). Kebenaran ini tidak cukup sekadar diyakini dan diamalkan untuk diri sendiri sahaja, tetapi mestilah juga disampaikan kepada orang lain.
Malah manusia akan terus berada di dalam kerugian jika mereka tidak menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Hakikat ini tertera di dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-'Asr 103:1-3, maksudnya:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Sebaliknya kebenaran dan kebaikan yang disampaikan kepada orang lain dan mereka pula beramal dengannya (dan menyampaikannya kepada orang lain pula) secara berterusan akan menjadi ganjaran pahala yang terus mengalir. Bahkan apabila kita sudah meninggal sekalipun, kebaikan itu akan terus mengalir seperti air zamzam yang tak pernah berhenti memancar.
Masih ramai umat Islam yang belum mengetahui kewajipan-kewajipan ini. Mereka adalah saudara se agama kita. Jangan biarkan mereka dalam kegelapan. Sebagai sesama muslim tentulah kita wajib memberitahu mereka.
Sumber:

Hukum-hakam yang terkandung dalam al-Qur'an terbahagi kepada dua kategori;
- Hukum-hakam yang berkait dengan setiap individu; iaitu hukum-hakam yang khusus kepada setiap manusia secara individu seperti solat, puasa, haji, taubat, istighfar dan akhlak-akhlak terpuji (benar, memenuhi janji, amanah) dan sebagainya.
- Hukum-hakam yang berkait dengan masyarakat atau sosial; iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan pemerintahan dan hal-hal yang menjadi kewajipan negara seperti menegakkan undang-undang jenayah Islam (hudud), jihad dan sebagainya. Hukum-hakam ini menjadi kewajipan ke atas negara untuk melaksanakannya. Sekiranya negara tidak melaksanakannya maka ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah taala dan kewajipan masyarakat pada ketika itu (iaitu ketika hukum-hakam sosial ini tidak dilaksanakan) ialah membuat tuntutan supaya ia dilaksanakan.
5. Menyampaikan (Da’wah/Tabligh) Al-Qur'an
Al-Qur'an adalah kebenaran (al-haq). Kebenaran ini tidak cukup sekadar diyakini dan diamalkan untuk diri sendiri sahaja, tetapi mestilah juga disampaikan kepada orang lain.
Malah manusia akan terus berada di dalam kerugian jika mereka tidak menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Hakikat ini tertera di dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-'Asr 103:1-3, maksudnya:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Sebaliknya kebenaran dan kebaikan yang disampaikan kepada orang lain dan mereka pula beramal dengannya (dan menyampaikannya kepada orang lain pula) secara berterusan akan menjadi ganjaran pahala yang terus mengalir. Bahkan apabila kita sudah meninggal sekalipun, kebaikan itu akan terus mengalir seperti air zamzam yang tak pernah berhenti memancar.
Masih ramai umat Islam yang belum mengetahui kewajipan-kewajipan ini. Mereka adalah saudara se agama kita. Jangan biarkan mereka dalam kegelapan. Sebagai sesama muslim tentulah kita wajib memberitahu mereka.
Sumber:
- 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an', Darul Fikir, Kuala Lumpur, 2001
- 'Aqidah Ahl Al Sunnah Wa Al Jama'ah Jilid 1', Dr. Abdullah Yasin, Al-Furqan Enterprise, Sungei Besi, Kuala Lumpur, 2003
- Zadud-duat
- AhmadHuzaifahFauzi
Monday, October 22, 2012
Usrah dan Matlamatnya
Disusun oleh Ahmad Puzi bin Rais 6 Zulhijjah 1433 (22 Oktober 2012)
1.Takrif Usrah
Dari segi bahasa usrah bererti keluarga.
Manakala dari segi istilah pula usrah bererti satu kumpulan yang

- dianggotai oleh beberapa orang individu muslim yang beriman kepada Allah s.w.t yang diikatkan dengan pertalian akidah islamiah,
- berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami Agama Islam yang mulia serta menghayatinya, dan
- cuba mewujudkan “biah solehah” ia-itu persekitaran yang baik.
2. Matlamat dan Tujuan Usrah
Usrah merupakan suatu perkara yang penting dalam proses tarbiah kerana ia berfungsi sebagai satu medium untuk menjayakan matlamat pendidikan dan menjadikan setiap individu muslim patuh dan iltizam dengan perintah Allah s.w.t.
Antara tujuan dan matlamat utama usrah ialah :

- Mendekatkan individu muslim kepada Allah Azza Wajalla.
- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab anggota usrah terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
- Meningkatkan Thaqafah Islamiah dan dapat mengetahui sikap Islam terhadap satu-satu isu yang berlaku. Thaqafah Islamiah ialah pengetahuan tentang Islam dari sudut manhaj, usul dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya atau terhasil daripadanya.
- Mewujudkan “Biah Islamiah”ia-itu suasana sekeliling yang bercirikan Islam.
- Menghubungkan anggota usrah secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah.
- Membina satu generasi al-Quran yang beramal dengan ajaran Islam secara menyeluruh serta menghayatinya dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.
- Melahirkan modal insan mempunyai Thaqafah Islamiah serta mampu untuk membimbing diri sendiri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat dan bekerja untuk Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)